Berinteraksi Dengan Bacaan Solat (BDBS)

Berinteraksi Dengan Bacaan Solat (BDBS)



Ini adalah rahsia khusyu' solat.

Istimewa, rahsia untuk orang awam.


Tujuan solat adalah untuk 'mengingati Allah'.
Maka, kita dianjurkan agar solat dengan khusyu'.
Khusyu' itu maksudnya tawadhu' dan tadharuk.

Mesti anda bertambah pening bila baca ini, namun tak mengapa.
Dengan pening, ia akan ada peningkatan, tak begitu? :):grin: Tak





Tawadhu' adalah merendah hati sesama makhluk, manakala tadharuk adalah merendah hati kepada Allah. Lawan kepada keduanya ini adalah sombong.


Orang sombong adalah orang yang tidak perlu kepada bantuan Allah (konon). Orang sombong adalah orang yang lupa diri. Menumpang di rumah orang, kemudian tidak tahu diuntung.

Lupa diri semasa solat, adalah orang yang tidak tahu diuntung. Untung sudah Allah kurniakan segalanya. Jadi solatlah sungguh-sungguh sehingga mengingatiNya.



Khusyu' bukan tunduk kepala masa berdiri saat solat, khusyu' bukan keluar air mata saat solat, khusyu' bukan berdiam diri bila ular lalu depan mata, khusyu' bukan bererti tidak ingat apa-apa.


Alkisah, Nabi saw pernah berhenti lama dalam satu rukun kerana cucunda Baginda sedang bermain di atas belakang Baginda. Adakah Nabi tidak khusyu' saat itu?


Dalam kisah yang lain, Nabi saw pernah pulang seusai salam, dan sahabat tertanya ke mana Nabi pergi. Rupanya Nabi balik dan menyedekahkan emas yang ada di rumah. Ini kerana Baginda teringat emas tersebut. Adakah solat Nabi tak khusyu'?



Kembali kepada maksud asal khusyu' dan maksud asal tujuan solat. Ingat Allah dan tidak sombong. Orang yang tidak sombong akan respon dengan cara tidak sombong.

Solatlah sampai kita benar-benar mengingati Allah.

Solatlah sampai kita benar-benar dapat merendah diri di hadapan Allah dan hasilnya merendah diri juga sesama manusia.



Apa saja pengalaman kalian saat sampai ke titik khusyu', ia adalah pengalaman spiritual masing-masing.

Justeru, para soleh menghimpunkan pengalaman spiritual mereka sehingga mencapai solat yang khusyu'. Apa yang terzahir, itu adalah fizikal.



Tingkatkan kualiti solat dengan nilai intelektual. Fahami makna di setiap ucapan dalam solat. Ia hanyalah langkah-langkah awal dalam menuju khusyu'.

Mari terus belajar tentang solat agar kita tidak lalai.



MAKLUMAT KURSUS

Pilihan Tarikh:
31 Ogos & 1 September 2019

atau

9 & 10 November 2019


Hari: Sabtu & Ahad


Masa: 9 pagi - 4 petang


Tempat: Karangkraf, Shah Alam


Yuran Pendaftaran:

PROMOSI ISTIMEWA

225 POIN SAHAJA
(menggunakan KAD SINERGI)

Atau

RM 250 (individu/cash)


Pertanyaan lanjut hubungi atau whatsapp:

+60125051357




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Berinteraksi Dengan Bacaan Solat | 31 Ogos & 1 September
Berinteraksi Dengan Bacaan Solat | 9 & 10 November 2019
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Pengendalian (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Log Masuk atau

BUTIRAN PEMBAYARAN