Berinteraksi dengan Quran (BDQ)

Assalamualaikum wbt, tuan / puan yang dirahmati Allah dan disayangi Nabi sallawlahu 'alaihi wasallam.
Al-Quran adalah sebuah kitab agung yang terkandung akan perihal peringatan, petunjuk, penawar dah rahmah. Bila dikatakan berinteraksi, peserta akan mempelajari bagaimana memahami ayat Allah Swt dan merancang kehidupan untuk kehadapan bersama Al-Quran. Insha Allah bila mana sering berinteraksi dengan al-Quran ianya akan menggalakkan kita untuk berubah ke arah kebaikan.
Apa anda belajar dalam program 2 hari ini :
1.Fungsi dan cara memahami al-Quran dengan lebih mendalam
2.Bentuk berinteraksi dengan al-Quran ( intelek dan emosi )
3. Memahami al-Quran sebagai pelajaran ,penawar ,petunjuk dan rahmat
4. Teknik AIS ( Tauhid,Ibadah & Akhlak ) setiap kali membaca ayat Al-Quran
5. 7 Tanda Tadabbur Tazakkur
6. 4 Langkah berinteraksi dengan berinteraksi dengan al-Quran
***************************************************************
Berjumpa kita di taman para perindu al-Quran, insya Allah
Terima Kasih. Jazakallah khair
APA TOOL YANG AKAN DIBEKALKAN?

1) MOHD HARFIZ BIN HAMZAH
Latar Belakang Pendidikan:
· Melanjutkan Pengajian Di Peringkat Master (Dakwah dan Kepimpinan- Komunikasi) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
· Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Pengajian Dakwah dan Kepimpinan-Kaunseling) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
· Leftenan Muda (Tentera Darat Malaysia)
· Diploma Tahfiz wa al-Qiraat, Darul Quran, JAKIM
· 4 Thanawi, Ma’ahad Al-Ehya’ Asshariff
·
SPM,
Ma’ahad Al-Ehya’ Asshariff
· Imam Muda Qaryah (Wilayah Persekutuan)
· Professional Learning Facilitator (PLF)
· Certified SOIF Coach
· Akademi Sinergi – Build Your Legacy, Berinteraksi Dengan Al-Quran, Sinopsis 114, Solusi Kehidupan Dalam Al-Quran,
Kursus Bina Modul, T.O.T, Strategi Bisnes dan Kertas Kerja, Amazing Pocket 114.
Karier Profesional:
· Eksekutif Latihan Akademi Sinergi Ikhlas
GALERI BERINTERAKSI DENGAN AL-QURAN
AKTIVITI PESERTA
ALUMNI BDQ
Apa Kata Peserta ?
“ Alhamadulillah,I have learned the methodology of tadabbur and tazakkur,the first step towards understanding the Quran.May Allah continue to grant barakah and reward all of you for this!ameen “
Kritika Shahrifuddin
“Kaedah untuk memahami ,mengambil pelajaran dan aplikasi ayat-ayat al-Quran dalam kehidupan dan kerjaya “
Akasyah Sabri
“ Saya belajar tentang asas & pratikal tadabbur & tazakkur .Tadabbur & Tazakkur membuatkan saya menghargai Al-Quran dan bersemangat untuk menjadikan al-Quran sumber utama dalam kehidupan dalam meraih syurga Allah “
Maisarah bt Rahim
Syukur, hadir di BDQ, membantu saya memahami 3 matlamat asas ketika membaca Qalam Tuhan. Untuk mengenal Tuhan, untuk mendidik jiwa hamba dan untuk mendapatkan pedoman cara hidup yang benar melalui teladan dalam Al-Quran. 3 matlamat ini digarap dari surah Al-Fatihah. Dan bagaimana untuk melihat ketiga-tiga elemen ini dalam lebih 6000 ayat-ayat Al-Quran? BDQ membantu saya melatih kemahiran serta menyediakan tools agar saya dapat berinteraksi dengan setiap ayat Al-Quran, menjadikannya tidak lagi asing atau dianggap "keramat" semata-mata sehingga tidak boleh dibaca orang awam. Ayat Ibrahim
#SayaMahuFaham al-Quran