Sesi Pengenalan Terapi Hati: Membangun Diri

Sesi Pengenalan Terapi Hati: Membangun Diri

Terapi Hati : Membangun Diri


Soalnya HATI... 


Saintis dah menemui hampir 500 fungsi hati manusia. Hati adalah organ yang paling sibuk dan kuat bekerja. Antara fungsi hati ialah menghasilkan hempedu, memusnahkan sel darah mati dan detoksikfikasi.


Ini antara fakta sains tentang hati ... 


Namun bagaimana HATI berperanan membina JIWA Insan agar lebih baik kerana Hati adalah Raja Anggota (Malikul 'adhoo) sebagaimana hadis Nabi Muhammad s.a.w  dari Nu'man bin Basyir R.A berkaitan HATI yang bermaksud :


"Didalam tubuh badan manusia ada segumpal darah, sekiranya baik ia maka baiklah seluruh jasad manusia namun jika rosak maka akan rosaklah seluruh tubuh badan manusia. Itulah dia QALB (HATI)"


Hati kita sifatnya berbolak balik mudah berubah-ubah. Seumpama air yang sedang tenang tapi akan berubh dan berbolak balik bilamana ia dipanaskan dan bertambah laju perubahan itu bila semakin panas. 




Bagaimana kita mengawal Jasad kita ia bergantung bagaimana kita mengawal Hati (perasaan & emosi). Ia satu proses yang sangat dalam kerana itu Allah berpesan kepada kita melalui QS Ar-Ra'd 13:28


ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِكْرِ ٱللَّهِ تَطْمَئِنُّ ٱلْقُلُوبُ 


"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.


Segala sifat hati itu adalah satu Fitrah Insan namun ia pasti menjadi satu Fitnah bila kita melebihi sesuatu perkara atau keadaan sehingga menjadi mudharat. 


Bagaimana kita membina legasi kejayaan dan ketenangan adalah dengan mengawal dan merawat HATI. 




Bersama kami dalam sesi Pengenalan TERAPI HATI. Menelusuri satu perkongsian yang membicarakan tentang bagaimana kita mampu menjadi sebaik-baik Insan dengan kita mampu mengawal HATI kita berteraskan wahyu Allah Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad s.a.w.


Tarikh: 18 OGOS 2019 (Ahad)

Masa: 10 am - 1 pm 

Tempat: Karangkraf, Shah Alam


PROMOSI YURAN HANYA RM35/pax *

*minimum berkumpulan 3 orang sahaja


ATAU INDIVIDU HANYA RM40


Pertanyaan lanjut hubungi atau whatsapp:

+60125051357



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Terapi Hati: Membangun Diri | 18 Ogos 2019 | Shah Alam
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Pengendalian (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Log Masuk atau

BUTIRAN PEMBAYARAN