Membina Legasi Berteraskan Wahyu

Kenali Akademi Sinergi Ikhlas




Apabila membaca Maaliki Yaum ad-Deen, seseorang itu akan terpanggil untuk melihat kelemahan pada diri untuk ditutupi dengan amalan baik agar tidak muflis di akhirat nanti. 

Bagaimana untuk tidak muflis?
Buat amal soleh yang banyak pahalanya. Ia perlu dirancang dan dibina sistem kemas agar pahala itu mengalir tidak putus-putus. Inilah idea legasi yang perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian.

Sekiranya ini dipahatkan dalam diri setiap individu, sudah tentu apa yang dibuat sekarang akan dibaiki lagi kualiti dan kuantiti agar persediaan kita ke negeri akhirat ini lebih bersedia.

Nak bina amal yang banyak pastikan ia 'soleh' dengan tuntutan dan panduan. Mari mulakan dengan semak apa panduan dari al-Quran.

InshaAllah, bantuan dari barisan jurulatih di Akademi Sinergi yang telah memudahcara untuk belajar faham dan amal al-Quran dalam bentuk modul dan pembelajaran berguru.








Modul BYL membina  karakter  pemimpin  yang  berintegriti  dan  berkompetensi dengan melonjakkan potensi berpandukan wahyu. Apabila karakter ini dapat dibentuk, cara membuat keputusan dan tindakan yang diambil akan menatijahkan hasil yang hebat, inshaAllah.





Info lanjut berkenaan kursus : KLIK SINI (Admin 1) / KLIK SINI (Admin 2)



Kita baca al-Quran, untuk tahu dan faham isinya kerana ia adalah panduan hidup kita di dunia ini. Bagaimana sekiranya hidup tanpa faham panduan? Kemahiran "tadabbur" dan "tazakkur" adalah 'tools' yang digunakan untuk membantu anda proses awal berinteraksi dengan al-Quran.



Info lanjut berkenaan kursus : KLIK SINI (Admin) 




Modul SKDA akan membantu anda menjadi penyelesai masalah secara praktikal.
Bahkan, membantu untuk membentuk cara fikir dan keyakinan, satu bentuk solusi melonjakkan potensi kejayaan dalam hidup anda, juga dapat memberi solusi untuk dunia yang lebih baik.




Info lanjut berkenaan kursus : KLIK SINI (Admin) 




Al-Qur'an berbicara dengan bahasanya. Kita berbicara dengan bahasa kita. Sedangkan al-Qur'an memanggil-manggil manusia untuk menyampaikan pesan. Manusia juga merintih memohon ketenangan dan petunjuk jalan.
 
Apakah penghalangnya? Bahasa. Maka, agar lebih dekat, mulailah dekati bahasa al-Qur'an.



Info lanjut berkenaan kursus : KLIK SINI (Admin)




Solat yang benar ialah solat yang membawa kepada impak di luar solat seperti  dalam firmannya:

 وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنْهَىٰ عَنِ ٱلْفَحْشَآءِ وَٱلْمُنكَرِۗ 

 "dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar;"

Justeru menjadi satu usaha yang perlu dikerahkan untuk mengetahui bagaimana hubungan solat  yang boleh membawa kepada impak dalam kehidupan itu.



Info lanjut berkenaan kursus : KLIK SINI (Admin)




Nantikan kepelbagaian tawaran dan pakej promosi untuk anda yang komited dengan pembelajaran memahami wahyu demi meninggalkan legasi kebaikan.





Memetik perkongsian Tuan Fazrul, 
“Nilai manusia pada Tuhan amat terasa di bumi Mekah dan Madinah – sejelas-jelasnya.”
InshaAllah, julung kali diusahakan untuk sama-sama menjejak Tanah Suci mengukuh kehambaan dengan tadabbur dan tazakkur al-Quran.

Sekiranya berminat, boleh tinggalkan maklumat dahulu untuk tim kami hubungi semula untuk info lanjut dari semasa ke semasa. 

Info lanjut berkenaan kursus : KLIK SINI (Admin 1) / KLIK SINI (Admin 2)